1. Pisang nipah/Sabah
-bentuk sisinya bersegi
-sedap digoreng jika sudah kuning hijau2 sikit
- jika dah masak ranum sangat, sedap dibuat bubur pisang
- jika masih muda(hijau), sangat sedap dibuat kerepek dengan cara dihiris nipis,dilumur garam dan digoreng
2. Pisang tanduk
-saiz paling panjang & besar
-digoreng jika sudah masak kekuningan kulitnya, mempunyai rasa unik masam kelat sikit
- boleh dibuat bubur, tapi tak sedap dibuat belebat pisang
-jika masih muda, boleh dibuat kerepek, sedap sangat
3. Pisang berangan
-bentuk macam pisang kapas tapi banyak bintik2 hitam pada kulitnya
- sedap dimakan begitu saja jika dah masak ranum
- jika terlebih masak, sedap dibuat cekodok, lempeng dan belebat pisang
4. Pisang 40hari/pisang monyet
-sedap dimakan begitu saja
-boleh dibuat cekodok dan lempeng
5. Pisang kapas/emas
-dibuat kuih dan kek
-sedap dibuat cekodok dan belebat
6. Pisang cavendish/montel
-tinggi nilai komersial(dijual) kerana saiz yang sederhana dan bentuk yang cantik
-sedap dimakan begitu saja
7. Pisang nangka
-Sedap digoreng dan dibuat bubur juga sedap
Buat kerepek tak berapa cantik kerana warnanya bertukar gelap(kurang menarik)
8. Pisang raja
-boleh dimakan begitu saja jika dah masak ranum
-Sedap digoreng
9. Pisang bakar
10.Pisang rastali sedap makan fresh
11. Pisang awak