Monday, 18 September 2017

Tips meredakan tangisan anak

Pelbagai cara boleh digunakan, biasanya dengan memujuk anak2 ini.

Selain itu, kita boleh cuba tenangkan tangisan anak dengan memanggil namanya, contoh: "Sayangggggg imran.." cuba lihat responnya. Kebiasaannya, kanak2 tahu apabila namanya disebut, mereka akan memberi respon dengan menoleh atau mencari bunyi tersebut sekaligus mengubah perhatiannya dari berterusan menangis.

Boleh juga dengan cara menunjuk kearah sesuatu seperti benda yang ada tergantung  diatas kita, contohnya kipas yg sedang berpusing. Sambil cakap, "Imrannn, apa tu..apa tu..aaaa..apa tu?" Tanya si manja anda, sambil lihat responnya.

Alihkan kedudukannya, jika berada di dalam bilik, bawa ke ruang tamu. Jika di ruang tamu bawa si manja anda keluar rumah untuk menghirup udara segar diluar atau tunjukkan bunga2 atau burung2 yang berterbangan di luar.

Cuba buat bunyi2 yang boleh menarik perhatiannya seperti klak2 (bunyi apabila lidah diketuk ke lelangit), bunyi haiwan(miow2), bunyi kerincing mainan kegemarannya, atau bunyi2 lain yang menarik.

Tunjukkan video lagu kegemarannya, contoh Didi n friends, baby shark, dsb

Boleh juga cuba suapkan dengan makanan seperti biskut Tiger atau any finger food, maka diamlah ia sambil mengunyah makanannya.

Perdengarkan ayat2 suci al-Quran

Cuba dodoikan dia.."Shu..shu..shu.." kalau2 si manja anda sudah keletihan akibat mengamuk, pasti si manja anda akan tertidur.

Pilihlah mana2 cara mengikut kesesuaian keadaan. Sekian, terima kasih. Hehe

Tuesday, 12 September 2017

Permainan mudah untuk anak - Part 1

Pada usia kanak-kanak 1-3 tahun, pastinya mereka sentiasa ingin bermain. Kadangkala, kita buntu untuk memberikan permainan kepada anak-anak pada usia 1 hingga 3 tahun ini. Jika ingin berikan gajet, pasti kita risau akan ketagihannya. Jadi dibawah ini saya senaraikan beberapa jenis permainan mudah untuk kanak-kanak 1-3 tahun ini. Contohnya:

1. Gunakan bantal
Susun bantal
Kepit bantal dengan kedua belah kaki dan lompat.
Sembunyikan 1 mainan mereka bawah tilam dan suruh cari semula.
Gunakan cadar nipis/selimut kecil: main hantu2(seorang selubungkan diri dan menuju kepada kawan-kawan lain)

2. Gunakan anggota badan
Main cak-cak
Main pass atau high five
Main geletek (tapi jangan berlebihan)
Main peluk-peluk, sambil sebut nama..Sayanggggg nana
Merangkak mengelilingi 1 bilik
Merangkak dan buat gaya kejar mengejar, jika ramai, seorang je jadi singa yg lain larikan diri.
Main ayam dan musang.
Main nenek bongkok tiga. Kalau anak-anak tak tahu lagu tu, boleh gayakan sahaja. Kalau beberapa anak-anak lalu, tangkap salah seorang.

Sambungan permainan lain, akan datang...

Permainan mudah untuk anak - part 2

Pada usia kanak-kanak 1-3 tahun, pastinya mereka sentiasa suka ingin bermain dan aktif. Kadangkala, kita buntu untuk memberikannya kepada anak-anak pada usia 1 hingga 3 tahun ini.

Seperti entri saya sebelum ini, disini, saya akan terangkan tentang permainan mudah untuk kanak-kanak dalam lingkungan usia bawah 3 tahun. Pelbagai medium boleh kita gunakan seperti anggota badan kita sendiri iaitu mulut atau tangan, peralatan mainan, dan lain-lain lagi. Contohnya seperti:

1. Gunakan mulut
Berzikir mudah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Tiru bunyi kucing/ayam
Nyanyi lagu didi and friend
Kalau didinding ada tampal flash kad/gambar, tunjuk gambar itu dan tanya ini apa?
Tanya "kucing mana kucing?" Bagitahu jwpn mereka betul/salah. Kalau salah kena cuba lagi, kalau betul senyum dan high five/beri pujian.

2. Main bola
Suruh dia tendang/ baling ke dinding
Buatkan netball punya gol/gantung bakul kecil

3. Lego
Mudah hanya biarkan mereka main/bina sesuatu
Jika tiada hasil apa-apa, kita bg 1 contoh (buat box/segiempat)

4. Tiru gaya saya
Main tembak2 guna jari, buat gaya tembak
Suruh anak buat tgn peace/thumb up
Menari mudah spt gwiyomi/chicken dance
Meniru gaya orang solat(kita bentangkan tilam dan biar dia gayakan atas tilam)

5. Jika ada mini tent/pool boleh pasangkan, biarkan mereka main didalamnya. Masukkan bola2 kecil untuk lebih meriah.

Kuda mini, biarkan mereka tunggangnya

Walker bentuk segitiga,biarkan mereka bermain dengannya.

Tambahan..
jika ada peralatan mainan lain, hanya berikan pada mereka dan biarkan main, jika lebih setengah jam, pantau...
Kadangkala jika mereka mula bosan, akan cepat bergaduh/berebut barang mainan

Resepi air asam mudah

Bahan-bahan:
5 biji cili padi dipotong bulat
Sebiji bawang merah dihiris
1/2 biji tomato dipotong dadu
Setengah inci belacan
Garam
Setengah sdm air asam jawa

Cara penyediaan:
1. Campurkn semua bahan bersama.
2. Sedia dicicah dengan ikan bakar/rebus

Resepi sambal kicap mudah

Bahan-bahan:

10 biji cilipadi
2 ulas bawang putih
1 sdm Gula
2 sdm Kicap

Cara penyediaan:

1. Goreng  cilipadi dan bawang putih dengan minyak masak, selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk cilipadi dan bawang putih tersebut hingga lumat.
3. Masukkan dalam mangkuk, satukan bersama gula dan kicap.
4. Sedia untuk dinikmati