Monday, 18 September 2017

Tips meredakan tangisan anak

Pelbagai cara boleh digunakan, biasanya dengan memujuk anak2 ini.

Selain itu, kita boleh cuba tenangkan tangisan anak dengan memanggil namanya, contoh: "Sayangggggg imran.." cuba lihat responnya. Kebiasaannya, kanak2 tahu apabila namanya disebut, mereka akan memberi respon dengan menoleh atau mencari bunyi tersebut sekaligus mengubah perhatiannya dari berterusan menangis.

Boleh juga dengan cara menunjuk kearah sesuatu seperti benda yang ada tergantung  diatas kita, contohnya kipas yg sedang berpusing. Sambil cakap, "Imrannn, apa tu..apa tu..aaaa..apa tu?" Tanya si manja anda, sambil lihat responnya.

Alihkan kedudukannya, jika berada di dalam bilik, bawa ke ruang tamu. Jika di ruang tamu bawa si manja anda keluar rumah untuk menghirup udara segar diluar atau tunjukkan bunga2 atau burung2 yang berterbangan di luar.

Cuba buat bunyi2 yang boleh menarik perhatiannya seperti klak2 (bunyi apabila lidah diketuk ke lelangit), bunyi haiwan(miow2), bunyi kerincing mainan kegemarannya, atau bunyi2 lain yang menarik.

Tunjukkan video lagu kegemarannya, contoh Didi n friends, baby shark, dsb

Boleh juga cuba suapkan dengan makanan seperti biskut Tiger atau any finger food, maka diamlah ia sambil mengunyah makanannya.

Perdengarkan ayat2 suci al-Quran

Cuba dodoikan dia.."Shu..shu..shu.." kalau2 si manja anda sudah keletihan akibat mengamuk, pasti si manja anda akan tertidur.

Pilihlah mana2 cara mengikut kesesuaian keadaan. Sekian, terima kasih. Hehe

No comments:

Post a Comment