Pada usia kanak-kanak 1-3 tahun, pastinya mereka sentiasa ingin bermain. Kadangkala, kita buntu untuk memberikan permainan kepada anak-anak pada usia 1 hingga 3 tahun ini. Jika ingin berikan gajet, pasti kita risau akan ketagihannya. Jadi dibawah ini saya senaraikan beberapa jenis permainan mudah untuk kanak-kanak 1-3 tahun ini. Contohnya:
1. Gunakan bantal
Susun bantal
Kepit bantal dengan kedua belah kaki dan lompat.
Sembunyikan 1 mainan mereka bawah tilam dan suruh cari semula.
Gunakan cadar nipis/selimut kecil: main hantu2(seorang selubungkan diri dan menuju kepada kawan-kawan lain)
2. Gunakan anggota badan
Main cak-cak
Main pass atau high five
Main geletek (tapi jangan berlebihan)
Main peluk-peluk, sambil sebut nama..Sayanggggg nana
Merangkak mengelilingi 1 bilik
Merangkak dan buat gaya kejar mengejar, jika ramai, seorang je jadi singa yg lain larikan diri.
Main ayam dan musang.
Main nenek bongkok tiga. Kalau anak-anak tak tahu lagu tu, boleh gayakan sahaja. Kalau beberapa anak-anak lalu, tangkap salah seorang.
Sambungan permainan lain, akan datang...
No comments:
Post a Comment