Tuesday, 31 July 2018

Resepi bubur kacang

Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau
100ml santan cair
250ml santan pekat
1 helai daun pandan
3 sdm gula pasir
2 cubit garam
100ml air

Cara penyediaan:
1. Cuci bersih kacang ijau. Kemudian, rendam selama 1jam dan rebus sehingga separuh empuk. Selepas ini, boleh hold proses dgn cara masukkan dalam peti sejuk kemudian pagi esok baru buat langkah 2.
2. Buka api sederhana. Periuk kacang hijau tersebut boleh dimasukkan santan cair. Jika terlalu byk air boleh dikurangkan sebelum masuk santan cair.
3. Masukkan daun pandan, gula pasir dan garam. Biarkan mendidih.
4. Kecilkan api supaya santan tidak pecah. Sesuaikan rasa. Masukkan santan pekat. Uji kelikatan bubur, jika gemarkan yang pekat, jangan tambah air lagi. Jika tidak, tambahkan air dan baki santan yang ada.
5. Tutup api jika telah menepati rasa yang diingini.

Tambahan:
Boleh masukkan durian/sagu/keledek oren

Resepi kuah soto sedap mudah

Bahan kisar:
2bji bwg merah
1bji bwg putih
2/4 drpd 1btg serai dihiris(bhgian yg lembut)
1inci halia
1inci kunyit hidup(klu xde kunyit hidup guna 1/2 sdt kunyit serbuk)

2/4 bahagian serai lg diketuk
1inci halia dihiris

Bahan rempah:
1btg kayu manis
3 bunga cengkih
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1/2 sdt jintan manis(kasar)
1/2 sdt jintan putih(halus)

Sup bunjut
1/2 sdt serbuk sup adabi
1/2 sdt lada putih
Garam,gula,aji secukup rasa
500ml air

Ayam dipotong kecil dan dibasuh/10 kaki ayam/daging dihiris kecil/fishball n fishcake..

Sayur:
1/2 btg lobak merah
Sayur seleri/kentang/tomato/kobis bunga etc

Cara penyediaan:
1. Panaskan 1 sdm minyak masak dlm periuk.
2. Masukkan bahan rempah dan tumis hingga berbau wangi, kemudian masukkan bahan kisar, serai yang telah diketuk dan halia hiris.
3. Apabila bahan tersebut telah keemasan, masukkan separuh air. Masukkan sup bunjut, serbuk sup dan lada putih.
4. Apabila air mendidih, masukkan bahan basah ayam tadi.
5. Biarkan 5 minit. Sementara itu, masukkan lebihan air dan walik2kan ayam supaya masak sekata.
6. Perasakan dengan bahan perasa sesedap rasa.
7. Jika rasa sudah ok, masin ada, rasa soto ada boleh tutup api dan sedia dihidang bersama nasi impit atau bihun yang dicelur.

Bahan Tambahan:
Suun, kacang tanah digoreng
Tauge
Daun sup dihiris
Bawang goreng

Sambal kicap
Bergedil daging