Tuesday, 31 July 2018

Resepi bubur kacang

Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau
100ml santan cair
250ml santan pekat
1 helai daun pandan
3 sdm gula pasir
2 cubit garam
100ml air

Cara penyediaan:
1. Cuci bersih kacang ijau. Kemudian, rendam selama 1jam dan rebus sehingga separuh empuk. Selepas ini, boleh hold proses dgn cara masukkan dalam peti sejuk kemudian pagi esok baru buat langkah 2.
2. Buka api sederhana. Periuk kacang hijau tersebut boleh dimasukkan santan cair. Jika terlalu byk air boleh dikurangkan sebelum masuk santan cair.
3. Masukkan daun pandan, gula pasir dan garam. Biarkan mendidih.
4. Kecilkan api supaya santan tidak pecah. Sesuaikan rasa. Masukkan santan pekat. Uji kelikatan bubur, jika gemarkan yang pekat, jangan tambah air lagi. Jika tidak, tambahkan air dan baki santan yang ada.
5. Tutup api jika telah menepati rasa yang diingini.

Tambahan:
Boleh masukkan durian/sagu/keledek oren

No comments:

Post a Comment