Friday, 10 August 2018

Resepi sambal belimbing buluh

Bahan-bahan:

10 biji belimbing buluh (dibersihkan dan potong dua)
*Segengam ikan bilis (tumbuk kasar2,sparuh bahagian lagi hancur lumat)
*10 biji cilipadi
*3biji bwg merah
1/2 inci belacan
*1 sdt Gula
*1/2 sdt garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Tumbuk bahan bertanda * bersama separuh gula dan garam.
2. Kemudian tumis bahan yg telah ditumbuk tadi. Gunakan 3sdm minyak kerana bahan2 tadi serap minyak, jika tidak cili tak cukup masak.
3. Apabila telah naik bau dan sedikit garing, masukkan belacan dan sedikit air(2sdm+-).
4. Apabila sambal kelihatan menggelegak, masukkan belimbing buluh.
5. Perasakan sekali lagi,(rasa pedas,masin,manis seimbang) jika ok tutup api. Sedia untuk dinikmati.

Petua: Untuk elakkan belimbing terlalu masam, buang urat tengahnya. Jangan reneh terlalu lama untuk elakkan belimbing terlalu lembik

No comments:

Post a Comment