Tuesday, 14 March 2023

Resepi cucur bawang

Tepung gandum 10sdm membukit

Ikan bilis sgenggam dicarik2

Bwg besar stgh labu

Garam jgn mbukit stgh sdm

Air biasa stgh gelas teh O

Air panas stgh gelas teh O jgn abiskan guna half je

Baking soda hujung sudu je

Thursday, 1 December 2022

JENIS-JENIS PISANG

1. Pisang nipah/Sabah
-bentuk sisinya bersegi
-sedap digoreng jika sudah kuning hijau2 sikit
- jika dah masak ranum sangat, sedap dibuat bubur pisang

- jika masih muda(hijau), sangat sedap dibuat kerepek dengan cara dihiris nipis,dilumur garam dan digoreng

2. Pisang tanduk
-saiz paling panjang & besar
-digoreng jika sudah masak kekuningan kulitnya, mempunyai rasa unik masam kelat sikit
- boleh dibuat bubur, tapi tak sedap dibuat belebat pisang
-jika masih muda, boleh dibuat kerepek, sedap sangat

3. Pisang berangan
-bentuk macam pisang kapas tapi banyak bintik2 hitam pada kulitnya
- sedap dimakan begitu saja jika dah masak ranum
- jika terlebih masak, sedap dibuat cekodok, lempeng dan belebat pisang

4. Pisang 40hari/pisang monyet
-sedap dimakan begitu saja
-boleh dibuat cekodok dan lempeng

5. Pisang kapas/emas
-dibuat kuih dan kek
-sedap dibuat cekodok dan belebat

6. Pisang cavendish/montel
-tinggi nilai komersial(dijual) kerana saiz yang sederhana dan bentuk yang cantik
-sedap dimakan begitu saja

7. Pisang nangka
-Sedap digoreng dan dibuat bubur juga sedap

Buat kerepek tak berapa cantik kerana warnanya bertukar gelap(kurang menarik)

8. Pisang raja
-boleh dimakan begitu saja jika dah masak ranum
-Sedap digoreng

9. Pisang bakar

10.Pisang rastali sedap makan fresh

11. Pisang awak

Monday, 21 November 2022

Makanan untuk kesihatan badan

Alternatif gula putih:
Gula tebu organik
Stevia
Madu
Gula nipah/kabung/nisang
Kismis
Kurma

Superfood wajib amalkan:
Halia
Kunyit
Bendi
Buah-buahan sitrus(limaukasturi,nipis,lemon etc)
Semua bahan/makanan antioksida: teh hijau,dark coklat,kekacang,kismis..
Madu

Antikanser:
Kunyit
Nenas
Buah Mengkudu
Durian belanda
Belalai gajah
Buah Belimbingbuluh

Antijerawat:
Kunyit
Tomato
Garam

Turunkan darah tinggi:
Air kelapa (kalau ada masalah buah pinggang tak boleh amal air kelapa)

Antirengsa sakit kulit:
Daun inai
Senduduk??
Belimbingbuluh
Daun jambu

Hilangkan bau mulut:
Kumur air garam
Hisap cengkih/kayumanis
Sireh
Minum air rebusan kayu manis

Monday, 28 March 2022

Tips menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh

Assalam readers,

Tak tahu apa perlu dibawa?
Nampak macam semua dah masuk beg, tapi macam ada yang kurang..

Di sini yana sediakan list lengkap apa yang perlu untuk anak anda ke taska atau rumah pengasuh:

Mesti bawa Setiap hari
1. Pampers 3 pcs (if baby kurang sihat kena lebihkan 2/3pcs lagi)
2. Baju 3 set: pagi - tshirt & seluar panjang/pendek;
Tengahari - baju singlet (net/lubang2 udara) & seluar pendek; romper nipis
Malam - baju lengan panjang & seluar panjang; romper; tshirt & pelikat pants
3. Botol susu
4. Handkerchief
5. Makanan (biskut milna/bubur/buah-buahan potong/puree)
6. Beg plastik untuk baju kotor

Extra
7. Puting (utk baby 6bln ke bawah)
8. Kain lampin untuk bedung (utk baby 6bln ke bawah, especially yg da nak pandai meniarap & merangkak)
9. Stokin 2 set - untuk pagi & malam (baby setahun ke bawah)
10. Tuala ditukar setiap hari untuk anak yang kulit sensitif/seminggu sekali yg tiada masalah kulit
11. Pouch bag untuk isi bedak, sikat, minyak telon/anugerah, + lotion, vicks, minyak bayi untuk rambut
12. Tilam dan bantal baby
13. Alas tilam dan sarung bantal ditukar sebanyak 2 minggu sekali
14. Bekas / Tupperware susu - refill 2 minggu sekali atau kurang bergantung anak masing-masing

Kesemua barang perlu ditulis nama baby dengan menggunakan marker atau ditampal sticker supaya tidak tertukar.




Saturday, 22 January 2022

Tempat Makan Sedap di Selayang dan kawasan berdekatan

Selayang:

Dee D'Village Seafood (Jees) 

Restoran Rumpun Selera, Bandar Baru Selayang

Gerai Sarapan Mama Prima

Restoran Leema, Taman BBS Fasa 2A

Royal Grill Western, Tmn Bidara

Mama Seafood, Tmn Bidara

Chief Ikan Bakar, Sungai Tua

Pandan Cendol, Taman Jasa

Nasi Lemak Ujang, BBS

A2 Bistro, Tmn Amaniah

Sate Madura

Ayam Gepuk Pak Gembus, Kompleks Renang

Nasi Kak Wook, Taman Desa Bakti

Pasar Malam Warta: nasi dagang, jus avokado, yong taufoo, terdapat aneka makanan dan minuman.. 


Batu Caves:

Restoran Wira Seafood & ikan bakar, Sri Gombak

Secret Recipe

Mee Tarik Warisan Asli

Steamboat dpn Mcdonalds batu caves

The Chicken Rice Shop, Giant batu caves

KFC 

McD

Subway

Pizza Hut

Restoran Nandos

Nippon Sushi

Setangbaht, Batu Muda

Ramly Burger Restoran

Restoran TrafficLight

Maggi Ketam

Pak Uda Kitchen & Grill, PPS

Daily Burger, Sri Gombak


Gombak:

Nasi Ayam Hainan Bob Batu 5

Sate Batu 6

Restoran Qasar Balqis 

Asura Seafood, Taman Melati


Setapak:

Menate Steakhub

Restoran Asam Pedas Muar PV12

Paku & Pontianak


Jln Ipoh: 

Tehra


Kg Baru:

Nasi Ayam Kampung Medan selera sebelah HKL

Warung Kak Senah

Ayam Bakar Wong Solo


Serendah:

Nasi Kandar Melayu






Monday, 4 October 2021

Resepi tomyam mudah

Kemaskini November 2022


Bahan-bahan:

Serai diketuk

Bawang putih cincang halus/boleh ditumbuk


Ditumbuk:

Bawang holland/besar

Halia 1 inci


Dihiris:

Halia 2 inci

Cilipadi 7-10 biji

Cili merah 1 batang

Aym potong kecil2/seafood dibersihkan


Bahan sos:

Sostiram 1sdm+

Sos ikan 3sdm+

Ciliboh 1sdm

Pes tomyam nona 2sdm+


Asam keping (klu takde limaunipis) 

Daun limau purut

Garam


Sayuran dihiris/potong kecil:

Lobak belah 2 & hiris nipis

Babycorn

Kobis bunga

Tomato


Bahan tambahan kalau ada:

Lengkuas klu ada 

Daun ketumbar

Cendawan


Cara penyediaan: 

Rebuskan 2 cawan air

Masukkan serai, bahan tumbuk/hiris, pes tomyam& bahan sos, sayuran keras2 dulu. Biarkan mendidih. 

Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil. Biarkan mendidih. 

Masukkan baki bahan-bahan lain yang belum dimasukkan. Sesuaikan rasa masin dgn garam. Tambah air setengah cawan kalau kurang. 

Masa memasak +-30min je.. 





Tuesday, 16 February 2021

Resepi sambal tumis semangkuk

Bahan kisar:
Segenggam cilikering dipotong 2, dibuang biji dan direbus
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1/2 inci Belacan

Bahan lain:
1/2 biji bawang besar untuk dihiris menegak
Segenggam atau 2 ikan bilis digoreng garing
1 sdm Asam jawa dicairkan
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak yang banyak

Cara penyediaan:
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang besar hingga hampir layu.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Perlahankan api.
4. Apabila sambal telah pecah minyak dan masak, masukkan air asam jawa, garam, gula dan sedikit air mengikut kepekatan yang diingini.
5. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Biarkan 5 minit lagi dengan menyesuaikan rasa masam, manis dan masin. Tutup api setelah mendapat rasa yang diingini.