Thursday, 20 December 2018

Resepi penkek gebu dan sedap

RESEPI PENKEK Sesedap Hotel

Dulu masa pi umrah, dekat hotel hari hari mar breakfast mesti ambik penkek + madu. Jatuh cinta terus dengan rasa dia.

Lepastu lama dah tak makan, sampai la hujung bulan lepas pi JB rumah kak,dia buatkan penkek as breakfast.Senang ja rupanyaa.So ni resepi dari dia la ni.Dia pun ambik dari kawan dia haaa.

1cwn tepung gandum
1cwn susu segar@susu cair (mar guna full cream ja, dah tu yang ada )
1sudu besar mentega(cairkan)
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
4sudu gula (mar letak 3 sudu ja sebab susu pun dah manis)
1biji telur

Cara2
1.Cairkn mentega dlm pan

2.Masukkn tepung,susu,gula,telur kacau pakai whisk ja.Dah sebati masuk mentega yg dh cair td.

3.kacau lg.rehatkn adunan sat 10mnt cmtu.Adoiii la mar tak rehatkan pun, nak makan punya pasal hahahaha, terlupa!

4.Lepas tu panaskan pan,guna senduk bulat,tuang tengah2 pan,api slow ja.Tunggu sampai bubble tu keluar baru kalih.

Selamat mencuba!

Credit : Mar Ziana

Sunday, 4 November 2018

Sukatan Tepung

🍩Resepi Ketulan Tepung dalam bubur...

5 sdm tepung gandum
2-3sdm air
Sdikit garam

Gaulkan sebati, pastikan pekat supaya mjadi ketulan tepung dan tidak mencair ke dlm kuah bubur

🍩Resepi Tepung grg pisang...

3sdm tpg gandum??
1sdt tpg grg adabi
100-150ml Air bgntung kcairan yg diingini
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit garam

Gaulkan sebati. Jgn tlalu cair, agak2 boleh mnyaluti pisang dan mlekat dgn baik pd pisang dah mencukupi.

🍩Resepi cucur ikan bilis

1st attempt
4sdm tpg ditapis dulu
Sgenggam ikn blis
Bwg besar 1/4 dihiris nipis
Air panas
Garam
Soda bkarbonat ditapis dulu
Hasilnya: kurg tepung, jd cucurnye leper jea

🍩Resepi tepung untuk cekodok pisang

Tepung secukup rasa(beberapa sdm tpg)
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit garam

Gaulkan sebati, pastikan adunan licin tanpa ketulan, baru dimasukkan pisang lenyek.

🍩Resepi tepung untuk lempeng (2org mkn)

6sdm membukit
1 cawan air/lebih mgikut kecairan yg diingini
1/2 sdk garam

Gunakan kuali non stick/kuali bulat tanpa minyak

*utk yg pertama skali blh ltak 1/2 sdm utk elak lekat etc

Boleh dihidang bersama sambal cilipadi telur/ kari ayam/dalca..

🍩Resepi Cucur Manis (cr: buatorglapo)

2cawan tepung
3sdm gula
1sdk garam(sudu plstik kecil)
gaul 3 bahan ini dgn sdm

2cawan air panas
Gaul sekali lg

Ambil 1 mangkuk kecil air, utk basahkn jari n permukaan bebola yg ingin dibentuk.

Goreng dalam kuali panas. Sedia dinikmati bersama gula kastor ditabur atasnya.

Saturday, 27 October 2018

Review beras

Ini adalah pendapat peribadi marhaen macam saya selepas menggunakan beras-beras berikut dan mengalami sendiri hasil daripadanya. Semuanya terpulang pada citarasa individu itu sendiri. Kalau mampu beli beras yang lebih mahal, pasti kualiti setanding harganya.

Berikut adalah senarai beras di pasaraya tempatan yang biasa saya beli:

1. Beras Jasmine Super Special Tempatan (SST) - bercorak bunga daisy.. paling bersih & tahan air😍

2. Beras Cap 2 Udang - tahan air, muai, mak saya selalu guna😍

3. Beras Cap Rambutan - ok la..mak selalu guna

4. Beras Siam Borago - Saiz nasi besar2 & mudah kenyang, bersih dan berkualiti.

5. Beras Carnation - xboleh air banyak2 nanti lembik jdnya mudah basi

6. Beras Jasmine cap jalal- xberapa bersih,so kena ambil masa utk cari padi serpihan tp slalu ada promo harga..

Ikan kembung masak singgang mudah

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar dihiris kasar
2 biji Bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji bawang putih diketuk
2 batang serai diketuk
5 biji cili padi diketuk
2 inci Kunyit ditumbuk halus
Daun kunyit dipotong 2
1 Asam keping
800ml air
5 ekor ikan kembung

Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan kecuali ikan, asam keping dan daun kunyit.
2. Bila telah mendidih, masukkan ikan.
3. Kemudian, masukkan asam keping.
3. Perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.
4. Sedia untuk dihidangkan.

*Boleh juga gunakan ikan pelaling, selar atau selarkuning.
*Boleh gantikan asam keping dengan tomato

Friday, 14 September 2018

Idea memasak kalau tak tahu nak masak apa..

ANEKA SAMBAL
Sambal belacan
Sambal belimbing buluh
Sambal cilimerah(utk cicah kt jntung pisang)
Sambal gesek
Sambal hijau ikan bilis
Sambal hijau ikan bilis (atau sambal tumbuk)
Sambal ikan bilis tempe bercili/ikan bilis istimewa (saiz besar)
Sambal ikan bilis kacang (jenis kering)
Sambal jawa (pelengkap lontong kering)
Sambal kerang/udang/sotong/paru/kupang
Sambal kicap
Sambal tauhu kacang panjang
Sambal telur rebus/telur puyuh
Sambal tumis cilipadi ikanbilis (tambah telur n tomato)
Sambal tumis ikan bilis (untuk nasi lemak)

MASAKAN PANAS
Bakso
Bihun goreng
Bihun sup
Bubur ayam
Bubur berlauk
Char kuetiaw
Mee bandung
Mee goreng
Mee goreng basah
Mee kari/kari cina(kuah cair)
Mee ladna
Mee rebus
Mee sup
Kuetiaw goreng
Kuetiaw goreng basah
Kuetiaw kungfu
Kuetiaw ladna
Kuetiaw sup
Kuetiaw tomyam
Laksa johor
Laksa penang
Laksam
Makaroni goreng
Makaroni sup
Nasi ayam
Nasi goreng kampung/cina/kerabu/ikan bilis/ikanmasin/USA/pattaya/Belacan
Nasi kukus ayam berempah!
Nasi lemak
Nasi putih ayam berempah
Nasi putih daging masak merah/blackpepper
Nasi putih tomyam campur + telur dadar
Nasi tomato
Spageti aglio olio
Spageti bolognese
Spageti carbonara
Spageti marinara
Spageti meatballs
Spiral sup cendawan

ANEKA LAUK
Rebus: Telur ayam/masin(itik)/puyuh
Sup ayam
Sup bebola ikan/fishcake
Sup gearbox
Sup ikan kembung
Sup kaki ayam
Sup kentang
Sup kepala ikan merah
Sup telur
Sup tulang
Telur dadar
Telur goreng mata
Telur goreng tumis kicap
Telur rebus masak kari
Telur rebus masak pindang/kurma
Telur rebus tumis kari

HIDANGAN IKAN
Ikan kembung direbus + air asam
Ikan caru bakar + air asam
Ikan kerisi (saiz besar)/siakap masak stim + air asam
Ikan kembung goreng tanpa kunyit + air asam
Ikan kembung masak taucu
Singgang: ikan kembung/ikan selar kuning/selar/matabesar
Asam pedas: ikan kembung/kerisi/ timah
Kari: ikan tongkol
Sambal/Masak Kicap: ikan mata besar/selar/selayang/bawal/krmbung/caru
Sweet& sour: kaci,bawal,susu,siakap

HIDANGAN GORENG
Goreng kunyit garam: ayam, semua jenis ikan masin(sepat,bulu ayam,tenggiri), ikan kembung rebus asin, tempe(boleh dilumur bersama ketumbar & jintan halus) hiris nipis memanjang, tauhu, paru lembu,
Goreng pandan: ayam,ikan saiz besar
Ikan: kembung,caru,kerisi,timah,selar,selar kuning,mata besar,kapak,tongkol

Daging: lembu/kambing..masak kari/kicap
Seafood: sotong/udang/ketam/lala/kepah/kupang/kerang/siputsedut..direbus,masak sambal/goreng/lemak ciliapi
Dalaman: paru, hati, jantung, tetel, perut lembu, Hati ayam goreng (dilumur garam,bawang putih,kunyit,jintan halus&ketumbar)

SAYURAN
Ulam2: ulam raja, kacang panjang, kacang botol, selada air, pucuk belinjau, daun selom, peria katak dihiris, daun gagan(selada air), timun, daun salad + sambal belacan/budu
Pucuk ubi direbus, kacang panjang, tauge + Kuah Pecal (kacang)
Timun tumis kari
Kacang bendi(xperlu potong,hanya buang atasnya) tumis air asamjawa
Kacang botol hiris tumis masak lemak putih
Kacang panjang goreng ikan bilis suun
Kangkung goreng belacan
Kentang goreng ikan bilis kicap(hiris bawang n cilipadi)
Kentang tumis air bersama fucuk,suun
Bayam/Bayam merah/Tauge/Petola ular tumis air
Kailan goreng ikan masin kurau
Labu masak lemak
Sayur sawi tumis ikan bilis belacan
Sayur lobak, sengkuang, kobis, kcg pnjg - Masak lodeh
Pucuk labu/betik direbus: cicah budu
Paceri nenas
Peria/kacang bendi (dihiris) goreng telur
Jantung rebus

.......
EXTRA INFO
Asian style: Masak kicap/kari/sup/lemak ciliapi/sambal/kurma/tomyam/masak merah/masak hijau/kerutup/kuzi/opor/asam pedas/singgang/paprik/masam manis/tiga rasa/sos/sostiram/goreng kunyit/goreng tepung/goreng berempah/goreng butter..
Western style: Masak stim/bakar/panggang/rebus/blackpepper/buttermilk/lemon/
Ayam masak bali
Ayam masak butter
Ayam masak serai
Ayam masak lemon

SARAPAN PAGI/ MINUM PETANG
Roti telur
Roti bakar
Roti sapu butter/jem buah/majerin+gula/milo
Donut bergula/salut coklat
Pau sambal
Pau berinti
Cekodok ikan bilis
Cekodok bawang
Cekodok pisang
Kuih talam beras, talam ubi,pisang(klu sampul ngan daun pisang jd belebat..atau nagasari), kasui
Pisang goreng-pisang nipah/nangka/tanduk
Sukun goreng
Bayam goreng
Cendawan goreng
Getuk ubi
Kuih Kasturi (kcg hijau)
Keria sira gula/sira gula melaka
Ketayap
Samosa
Karipap keledek/kntg/sardin
Bubur keledek
Bubur keladi
Keladi dipotong n rebus, makan dengan klapa parut bergula
Bubur chacha
Bubur labu
Bubur pisang
Lempeng kosong compliment with kari ayam
Lempeng pisang (klu ada lebihan pisang2 tlebih masak)
Isi durian masak bsama gula (jadikan jem)

GREAT COMBO:
Nasi putih + tomyam + telur dadar
Nasi putih + Bayam grg + telur dadar + ayam masak kicap
Sardin tumis + kentang bilis grg kicap
Labu masak lemak+sambal gesek+ikan goreng
Tempe & tauhu goreng + sambal kicap
Sayur sawi/bayam masak lemak putih + ikan masin sepat/etc

Friday, 10 August 2018

Resepi sambal belimbing buluh

Bahan-bahan:

10 biji belimbing buluh (dibersihkan dan potong dua)
*Segengam ikan bilis (tumbuk kasar2,sparuh bahagian lagi hancur lumat)
*10 biji cilipadi
*3biji bwg merah
1/2 inci belacan
*1 sdt Gula
*1/2 sdt garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Tumbuk bahan bertanda * bersama separuh gula dan garam.
2. Kemudian tumis bahan yg telah ditumbuk tadi. Gunakan 3sdm minyak kerana bahan2 tadi serap minyak, jika tidak cili tak cukup masak.
3. Apabila telah naik bau dan sedikit garing, masukkan belacan dan sedikit air(2sdm+-).
4. Apabila sambal kelihatan menggelegak, masukkan belimbing buluh.
5. Perasakan sekali lagi,(rasa pedas,masin,manis seimbang) jika ok tutup api. Sedia untuk dinikmati.

Petua: Untuk elakkan belimbing terlalu masam, buang urat tengahnya. Jangan reneh terlalu lama untuk elakkan belimbing terlalu lembik

Tuesday, 31 July 2018

Resepi bubur kacang

Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau
100ml santan cair
250ml santan pekat
1 helai daun pandan
3 sdm gula pasir
2 cubit garam
100ml air

Cara penyediaan:
1. Cuci bersih kacang ijau. Kemudian, rendam selama 1jam dan rebus sehingga separuh empuk. Selepas ini, boleh hold proses dgn cara masukkan dalam peti sejuk kemudian pagi esok baru buat langkah 2.
2. Buka api sederhana. Periuk kacang hijau tersebut boleh dimasukkan santan cair. Jika terlalu byk air boleh dikurangkan sebelum masuk santan cair.
3. Masukkan daun pandan, gula pasir dan garam. Biarkan mendidih.
4. Kecilkan api supaya santan tidak pecah. Sesuaikan rasa. Masukkan santan pekat. Uji kelikatan bubur, jika gemarkan yang pekat, jangan tambah air lagi. Jika tidak, tambahkan air dan baki santan yang ada.
5. Tutup api jika telah menepati rasa yang diingini.

Tambahan:
Boleh masukkan durian/sagu/keledek oren

Resepi kuah soto sedap mudah

Bahan kisar:
2bji bwg merah
1bji bwg putih
2/4 drpd 1btg serai dihiris(bhgian yg lembut)
1inci halia
1inci kunyit hidup(klu xde kunyit hidup guna 1/2 sdt kunyit serbuk)

2/4 bahagian serai lg diketuk
1inci halia dihiris

Bahan rempah:
1btg kayu manis
3 bunga cengkih
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1/2 sdt jintan manis(kasar)
1/2 sdt jintan putih(halus)

Sup bunjut
1/2 sdt serbuk sup adabi
1/2 sdt lada putih
Garam,gula,aji secukup rasa
500ml air

Ayam dipotong kecil dan dibasuh/10 kaki ayam/daging dihiris kecil/fishball n fishcake..

Sayur:
1/2 btg lobak merah
Sayur seleri/kentang/tomato/kobis bunga etc

Cara penyediaan:
1. Panaskan 1 sdm minyak masak dlm periuk.
2. Masukkan bahan rempah dan tumis hingga berbau wangi, kemudian masukkan bahan kisar, serai yang telah diketuk dan halia hiris.
3. Apabila bahan tersebut telah keemasan, masukkan separuh air. Masukkan sup bunjut, serbuk sup dan lada putih.
4. Apabila air mendidih, masukkan bahan basah ayam tadi.
5. Biarkan 5 minit. Sementara itu, masukkan lebihan air dan walik2kan ayam supaya masak sekata.
6. Perasakan dengan bahan perasa sesedap rasa.
7. Jika rasa sudah ok, masin ada, rasa soto ada boleh tutup api dan sedia dihidang bersama nasi impit atau bihun yang dicelur.

Bahan Tambahan:
Suun, kacang tanah digoreng
Tauge
Daun sup dihiris
Bawang goreng

Sambal kicap
Bergedil daging