Sunday, 24 December 2017

Resepi Mudah Aneka Sambal cili padi

RESEPI SAMBAL HIJAU IKAN BILIS

Segenggam ikan bilis
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3 biji cilipadi
Seinci belacan

Goreng bawang putih n merah (jangan dihiris goreng 1 biji terus) bersama cilipadi. Goreng pula ikan bilis. Satukan dan tumbuk bersama. Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI SAMBAL TUMBUK

Cilipadi (4 biji saiz pendek, kalau panjang 3biji je)
Ikan bilis (1 genggam atau pastikan nisbah sama agar sekata hasil sambalnya, tidak terlebih bilis)
Garam (setengah sdk)
Ajinamoto
Gula 2 cubit

Goreng cilipadi selama 1minit. Goreng pula ikan bilis hingga betul2 garing supaya keras sikit. Satukan semua bahan dan tumbuk bersama. Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI SAMBAL TUMIS WARNA OREN

Setengah biji bawang besar dihiris menegak
3 biji cilipadi
Belacan
Ikan bilis
Garam, gula secukup rasa
Air asam jawa/tomato
Telur

Cara penyediaan:
1. Tumbuk kasar cilipadi, belacan dan ikan bilis.
2. Tumis bahan tumbuk, masukkan bawang hiris hingga kekuningan.
3. Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan telur. Biarkan seketika sebelum digaul bersama bahan lain.
5. Sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL KICAP

1 ulas bawang putih

5-7biji cilipadi

Gula stgh sdm

Kicap

1. Goreng kedua-dua bahan dlm 3-4minit

2. Tumbuk halus bahan tadi bersama gula

3. Masukkan dlm mangkuk kecil dan curahkan kicap


Sunday, 10 December 2017

Cara rebus jantung pisang

Pastikan air betul2 mendidih sebelum dimasukkan jantung pisang.

Belah dua jantung pisang apabila air hampir mendidih utk elakkan lebam, akibat terdedah dgn udara terlalu lama.

Masukkan stgh sdm minyak ke dlm air rebusan.

Rebus dlm 3 -5 minit. Angkat dan toskan airnya. Sedia dihidangkan bersama sambal asam.

Bahan2 utk sambal asam:
Cili merah
Bawang putih
Air asam jawa
Belacan
Gula n garam secukup rasa

Monday, 18 September 2017

Tips meredakan tangisan anak

Pelbagai cara boleh digunakan, biasanya dengan memujuk anak2 ini.

Selain itu, kita boleh cuba tenangkan tangisan anak dengan memanggil namanya, contoh: "Sayangggggg imran.." cuba lihat responnya. Kebiasaannya, kanak2 tahu apabila namanya disebut, mereka akan memberi respon dengan menoleh atau mencari bunyi tersebut sekaligus mengubah perhatiannya dari berterusan menangis.

Boleh juga dengan cara menunjuk kearah sesuatu seperti benda yang ada tergantung  diatas kita, contohnya kipas yg sedang berpusing. Sambil cakap, "Imrannn, apa tu..apa tu..aaaa..apa tu?" Tanya si manja anda, sambil lihat responnya.

Alihkan kedudukannya, jika berada di dalam bilik, bawa ke ruang tamu. Jika di ruang tamu bawa si manja anda keluar rumah untuk menghirup udara segar diluar atau tunjukkan bunga2 atau burung2 yang berterbangan di luar.

Cuba buat bunyi2 yang boleh menarik perhatiannya seperti klak2 (bunyi apabila lidah diketuk ke lelangit), bunyi haiwan(miow2), bunyi kerincing mainan kegemarannya, atau bunyi2 lain yang menarik.

Tunjukkan video lagu kegemarannya, contoh Didi n friends, baby shark, dsb

Boleh juga cuba suapkan dengan makanan seperti biskut Tiger atau any finger food, maka diamlah ia sambil mengunyah makanannya.

Perdengarkan ayat2 suci al-Quran

Cuba dodoikan dia.."Shu..shu..shu.." kalau2 si manja anda sudah keletihan akibat mengamuk, pasti si manja anda akan tertidur.

Pilihlah mana2 cara mengikut kesesuaian keadaan. Sekian, terima kasih. Hehe

Tuesday, 12 September 2017

Permainan mudah untuk anak - Part 1

Pada usia kanak-kanak 1-3 tahun, pastinya mereka sentiasa ingin bermain. Kadangkala, kita buntu untuk memberikan permainan kepada anak-anak pada usia 1 hingga 3 tahun ini. Jika ingin berikan gajet, pasti kita risau akan ketagihannya. Jadi dibawah ini saya senaraikan beberapa jenis permainan mudah untuk kanak-kanak 1-3 tahun ini. Contohnya:

1. Gunakan bantal
Susun bantal
Kepit bantal dengan kedua belah kaki dan lompat.
Sembunyikan 1 mainan mereka bawah tilam dan suruh cari semula.
Gunakan cadar nipis/selimut kecil: main hantu2(seorang selubungkan diri dan menuju kepada kawan-kawan lain)

2. Gunakan anggota badan
Main cak-cak
Main pass atau high five
Main geletek (tapi jangan berlebihan)
Main peluk-peluk, sambil sebut nama..Sayanggggg nana
Merangkak mengelilingi 1 bilik
Merangkak dan buat gaya kejar mengejar, jika ramai, seorang je jadi singa yg lain larikan diri.
Main ayam dan musang.
Main nenek bongkok tiga. Kalau anak-anak tak tahu lagu tu, boleh gayakan sahaja. Kalau beberapa anak-anak lalu, tangkap salah seorang.

Sambungan permainan lain, akan datang...

Permainan mudah untuk anak - part 2

Pada usia kanak-kanak 1-3 tahun, pastinya mereka sentiasa suka ingin bermain dan aktif. Kadangkala, kita buntu untuk memberikannya kepada anak-anak pada usia 1 hingga 3 tahun ini.

Seperti entri saya sebelum ini, disini, saya akan terangkan tentang permainan mudah untuk kanak-kanak dalam lingkungan usia bawah 3 tahun. Pelbagai medium boleh kita gunakan seperti anggota badan kita sendiri iaitu mulut atau tangan, peralatan mainan, dan lain-lain lagi. Contohnya seperti:

1. Gunakan mulut
Berzikir mudah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Tiru bunyi kucing/ayam
Nyanyi lagu didi and friend
Kalau didinding ada tampal flash kad/gambar, tunjuk gambar itu dan tanya ini apa?
Tanya "kucing mana kucing?" Bagitahu jwpn mereka betul/salah. Kalau salah kena cuba lagi, kalau betul senyum dan high five/beri pujian.

2. Main bola
Suruh dia tendang/ baling ke dinding
Buatkan netball punya gol/gantung bakul kecil

3. Lego
Mudah hanya biarkan mereka main/bina sesuatu
Jika tiada hasil apa-apa, kita bg 1 contoh (buat box/segiempat)

4. Tiru gaya saya
Main tembak2 guna jari, buat gaya tembak
Suruh anak buat tgn peace/thumb up
Menari mudah spt gwiyomi/chicken dance
Meniru gaya orang solat(kita bentangkan tilam dan biar dia gayakan atas tilam)

5. Jika ada mini tent/pool boleh pasangkan, biarkan mereka main didalamnya. Masukkan bola2 kecil untuk lebih meriah.

Kuda mini, biarkan mereka tunggangnya

Walker bentuk segitiga,biarkan mereka bermain dengannya.

Tambahan..
jika ada peralatan mainan lain, hanya berikan pada mereka dan biarkan main, jika lebih setengah jam, pantau...
Kadangkala jika mereka mula bosan, akan cepat bergaduh/berebut barang mainan

Resepi air asam mudah

Bahan-bahan:
5 biji cili padi dipotong bulat
Sebiji bawang merah dihiris
1/2 biji tomato dipotong dadu
Setengah inci belacan
Garam
Setengah sdm air asam jawa

Cara penyediaan:
1. Campurkn semua bahan bersama.
2. Sedia dicicah dengan ikan bakar/rebus

Resepi sambal kicap mudah

Bahan-bahan:

10 biji cilipadi
2 ulas bawang putih
1 sdm Gula
2 sdm Kicap

Cara penyediaan:

1. Goreng  cilipadi dan bawang putih dengan minyak masak, selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk cilipadi dan bawang putih tersebut hingga lumat.
3. Masukkan dalam mangkuk, satukan bersama gula dan kicap.
4. Sedia untuk dinikmati

Saturday, 12 August 2017

Our destiny, happiness, its all about life..

WORTH READING :

You were born in a first class hospital, I was delivered at home, we both survived.

You went to a private primary school and I went to a public school, we both ended in the same high school.

You woke up from the bed and I woke from the floor, we both had a peaceful night rest.

Your outfits are all expensive, mine are all simple and cheap, we both still cover our nakedness.

You ate fried rice and roasted chicken, I ate local made food but we both still ate to our satisfaction.

You ride on Lexus, Range Rover, G Wagon, or Hummer and I use public transport but we still got to our various destination.

You may be reading this post from your Sony Xperia, BB Z10, Q10, Samsung Galaxy 6edge, IPhone6+ and I typed it with my Touch one broken screen, we still see the message.

Lifestyle is not a competition and there are different ways to get a lot of things done, different lanes all leading to the same destination. Just because your neighbour is doing things faster does not mean you are failing.

Happiness doesn't come from having everything, but making the best out of what you have, it's all about how you see yourself.

Happiness is not having what you like. Happiness is liking what you have and being content...

"Courtesy says you must never ask a woman her age and a man his salary..."

Do you know why?

Have you ever thought about it.

Well here is a beautiful insight...

It is wrong to ask a woman her age because she hardly ever lives for herself! And it is wrong to ask a man his salary because he hardly ever spends on himself."

#fbpost
#notetoself

Friday, 11 August 2017

Resepi telur dadar mudah

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa Knorr
Setengah sudu teh garam

Cara penyediaan:

1. Pukul telur yang telah dipecahkan dalam mangkuk hingga kembang.

2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.

3. Masukkan serbuk perasa dan garam ke dalam telur.

4. Pukul sebentar agar sebati.

5. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan telur.

6. Dalam setengah minit, terbalikkan telur. Ulang 5x. Dan angkat. Abaikan bentuk telur yang terhasil.

7. Maka, anda telah pun dapat telur goreng mudah, gebu, dan sedap. Hidangkan bersama nasi panas yang lembut dan kicap.

Saturday, 5 August 2017

5 cara mudah untuk gembira

1. Jangan membenci

2. Jangan risau (don't worry)

3. Hidup dengan mudah (live simply)

4. Kurangkan ekpektasi (expect less)

5. Lebih memberi

Sumber: Fb

Friday, 4 August 2017

10 jenis makanan yang membuatkan anda nampak muda lebih 10 tahun

1. Kentang, lidah buaya, timun, madu, minyak kelapa

2. Kunyit

3. Ikan beromega3 (salmon, tuna, ikan bilis)

4. Tomato

5. Minyak zaitun

6. Bawang putih

7. Buah-buahan sitrus (oren, lemon, limau nipis, limau kasturi, limau gedang)

8. Lobak merah

9. Buah-buahan beri (strawberi, blackberi, beri biru, raspberi, anggur)

10. Avocado

Monday, 24 July 2017

Mercy.

Your sin is not greater than Allah's mercy...

.

.

#notetoself

Saturday, 22 July 2017

Never take love for granted

To love is nothing
To be loved is something
But
To love and to be loved
By the one you love
That is EVERYTHING!

Never take love for granted...

Friday, 21 July 2017

True love

True love doesn't happen right away,
it's an ever-growing process.
It develops after you've gone through many ups and downs,
when you've..
suffered together,
cried together,
laughed together. ❤

Sunday, 16 July 2017

Koleksi resepi sedap dari fb

Assalamualaikum semua,

Maka dengan ini, perlulah kita transfer screenshot ni semua daripada handphone. Sayang nak buang. Next time kalau nak refer mudah sikit. Hehehe lagipun dah mula slow jeee processing nya. Haihhhh..

#bukaniphone
#userproblem

Sunday, 2 July 2017

Senarai tutorial shawl dan bawal menarik

Tudung Ariani by Jakel Sini

19 tutorial Ariani Sini

6 tutorial Shawl Ariani Sini

17 tutorial Bawal by Benang Hijau Sini

30 tutorial iBawal scarfbuck Sini

16 tutorial shawl Alhumaira Sini

6 tutorial shawl dari Anggun zara Sini

Fb Persoalan Wanita 3 tutorial shawl simple Sini

Fb Gaya tudung minimalace Sini

Resepi biskut raya

Resepi Biskut Raya Mudah:

Cornflakes madu mudah Sini

Kuih siput sedap Sini

Popia ikan bilis rangup Sini

Resepi Biskut Raya Hipster:

Crunchy caramel cookies Sini

Choc cookies famous amos Sini

No bake oreo cheesecake Sini

Biskut susu gebu mudah Sini

Saturday, 1 July 2017

Resepi ayam masak ungkep

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP (MASAKAN ORI JAWA)

Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung.

Bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup - saya guna 3 ketul kunyit
15 tangkai cili padi
1 Sudu Makan Serbuk Jintan Manis
1 Sudu Besar Ketumbar Biji
1 Biji Buah Keras.
6 butir Lada Hitam Biji.
Secubit Serbuk Kunyit.

Bahan tumis:

2 Labu Bawang Besar - Hiris kasar.
2 batang serai - Ketuk & Siat-Siatkan
2 cawan Minyak Zaitun untuk menumis
*boleh juga guna minyak biasa.
Garam Gula secukup rasa

Bahan Tambahan ( Wajib ada )
1 kpg Asam Keping.
6 biji kentang belah 4
3 biji tomato belah 4
16-20 biji cili padi - buang tangkai sahaja
1 helai daun kunyit - siat- siat je.
1 liter air - Untuk empukkan ayam/daging.
Jika guna makanan laut ,tak perlu air yg banyak ye.

OPTIONAL - SUSU CAIR , dalam 3x Splash.

TIPS : Untuk mempercepatkan ayam pencen lembut, masukkan sudu & tutup kuali/periuk pada api sederhana . ( 30-45minit)

Masakan UNGKEP ni,semakin di panaskan semakin sedap tau..

Kredit Resepi - Sue M Shauhki

Monday, 12 June 2017

Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah

1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
6 biji cili padi*
2 sdm ikan bilis*
1 mangkuk kecil dada ayam(potong dadu)
Setengah ikat kangkung (potong 4cm)
1 sdk garam
1 mangkuk besar nasi putih
3 sdm ikan bilis digoreng

Kisar bahan bertanda *. Kemudian tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan dada ayam. Gaul sebati dan hingga ayam separuh masak. Masukkan kangkung. Masukkan garam. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Matikan api, sedia untuk dihidang.

Sumber: Seismik makan

Saturday, 10 June 2017

Anak perempuan vs lelaki

Kita terlalu sibuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa didik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.

Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa nak didik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.

Kita terlampau sibuk ajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.

Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tak ingat nak ajar anak lelaki jangan sentuh jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.

Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana nak lalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tak mengandung whatsoever? Perasan tak lelaki kena deal sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tak ada yang approach?

Kita rasa bela anak perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelaki lah kaum perempuan tertindas. Kerana tak terdidiknya orang lelaki lah orang perempuan automatik berdikari.

Wahai ibu wahai bapa. Didiklah anak-anak lelaki dan perempuan anda sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki anda yang 'terabai' dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab. Kasihanilah anak perempuan anda yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.

#copypaste

Wednesday, 31 May 2017

Dimana nak tengok cerita best?

Streaming free via U mobile postpaid:
Iflix
Netflix

Gomovie
Terrarium tv
Yesmovies
Putlocker
Megabox hd

Streaming free with subs:
fmovies
9movies
123movies

Korean drama:
Viu
Kiss asian
Kshow 123

Monday, 1 May 2017

Jodoh

Jodoh itu bukan siapa yang kita mahukan,
tapi siapa yang mampu melengkapkan.

Bersyukurlah dengan sesiapa yang sudi menerima kekurangan kita.

...

Jodoh itu seseorang yang kita nak spend seluruh hidup dengannya, dah tentu kita nak seseorang yang kita suka, sayang dan passionate terhadapnya.

Friday, 28 April 2017

Janji Allah itu pasti

Kahwin lambat atau cepat, dapat anak lambat atau cepat, hatta mati lambat atau cepat, anggap ianya dugaan daripada Pencipta kita.

Ubatnya hanya usaha dengan jalan yang betul, tawakkal dengan rasa bersyukur.

Janganlah bersedih dan risau, janji Allah itu adalah pasti.

Jangan pula bongkak atau rasa hebat, kalau tersasar azab menanti.

Credit: #karnivalgengmasjid